Cetusan idea untuk Program Kembara Melawat Johor adalah ilham daripada
D.Y.A.M. Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar
Al-Haj sendiri. Program Kembara yang dimulakan pada tahun 2001 adalah
hasil daripada keinginan Tunku Mahkota untuk meninjau keadaan rakyat
jelata. D.Y.A.M. Tunku Mahkota sendiri telah berusaha gigih demi
memastikan program kembara ini dapat dijayakan dengan sempurnanya.
Sekiranya dahulu Raja atau Putera Raja sering mengembara berjumpa
dengan rakyat menaiki gajah atau kuda tetapi kini disebabkan arus
perubahan masa dan dengan adanya teknologi maka rombongan Kembara
Mahkota Johor menaiki motosikal berkuasa tinggi. Walaupun berbeza
pendekatan atau kenderaan yang digunakan namun matlamatnya adalah
sama.
Pagi 2 Julai 2001 adalah detik permulaan Kembara Mahkota Johor pertama
bermula. Program Kembara yang bercirikan mesra rakyat ini disertai
oleh 28 konvoi motosikal berkuasa tinggi yang dipimpin sendiri oleh
D.Y.A.M. Tunku Mahkota. Ekspedisi sulung ini telah menjelajah sejauh
870 kilometer di beberapa daerah negeri Johor.
Kembara
Mahkota Johor telah berlangsung selama empat tahun berturut-turut
dan berbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan. Menurut En.
Kamal Hisham Jaafar, Setiausaha Kembara Mahkota Johor, Program ini
diatur oleh D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor supaya beliau dapat melihat
kehidupan rakyat yang sebenar. Berbeza dengan program-program lain
yang diatur oleh kerajaan, biasanya rakyat telah bersiap-siap menunggu
dibalairaya atau tempat-tempat majlis dengan berpakaian baru.
|