Sejarah KEMBARA MAHKOTA JOHOR
  Petikan KEMBARA MAHKOTA JOHOR
  Kronologi KEMBARA MAHKOTA JOHOR
  Galeri KEMBARA MAHKOTA JOHOR
  KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2008 KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2008

www.pintar.com.myPertanyaan dan Cadangan

MEMBELI SAMBIL MENDERMA

 

Ilham daripada DYAM  Tunku Mahkota Tunku Ibrahim IsmailIlham daripada DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj


Ilham daripada D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor untuk mendekatkan Istana dengan rakyat melalui program Kembara Mahkota Jelajah Johor ini akan dijadikan acara tahunan dan telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan tahunan Negeri Johor.

Pada zaman dahulu, Raja atau Sultan datang bertandu ketika melawat jajahan takluknya. Ada kalanya, Raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh.

Kini, semuanya sudah berubah. Dengan segala kemudahan tersedia, perjalanan jauh semakin mudah dan cepat. Pihak istana juga tidak terlepas daripada dilanda arus perubahan. Tandu tidak lagi digunakan, gajah pula entah ke mana. Untuk ke sesuatu destinasi, raja dibawa dengan kereta yang bergerak lebih pantas dan selamat.

Namun, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor, D.Y.A.M Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj, mempunyai cara tersendiri mendekati rakyat, iaitu bermotorsikal menjelajah satu daerah ke satu daerah lain.

Beliau telah menunggang sendiri motorsikal berkuasa tinggi sejauh kira-kira 870 kilometer dalam ekspedisi Kembara Mahkota Jelajah Johor yang pertama iaitu pada 2 hingga 4 Julai lalu. Penjelajahan tiga hari dua malam, diiringi 28 motosikal berkuasa tinggi, termasuk Harley Davidson Road King yang ditunggangnya, menyusuri setiap pelosok negeri merangkumi lapan daerah di Johor.

Ekspedisi bermotosikal yang julung kali diadakan itu bertujuan mendekatkan Istana dengan rakyat selain melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan.

Lantaran keberkesanannya, Pihak Kerajaan Negeri Johor telah meminta agar Kembara Mahkota Jelajah Johor dijadikan acara tahunan.

Bagaimanapun, D.Y.A.M Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj telah menegaskan, bahawa program Kembara Mahkota Johor 2002 sebagai satu program bercorak amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Antara golongan yang bakal dibantu ialah anak yatim dan kanak-kanak istimewa. Malah, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor berkata, mula tahun 2002 bukan sekadar akan melawat semua daerah, bahkan menjelajah sehingga ke pendalaman dan bermalam dengan rakyat. Menceritakan pengalaman beliau, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor mengakui menunggang motosikal sejauh hampir 900 kilometer dalam masa tiga hari memang memenatkan.

Namun katanya, kepenatan itu segera hilang apabila mengenangkan pengalaman manis sewaktu beramah mesra dengan rakyat jelata yang memberikan sambutan sungguh meriah kepadanya.

Lantaran, beliau berulangkali memuji rakyat jelata yang sanggup berpanas sepanjang hari semata-mata untuk menunggu ketibaan rombongan diraja di kawasan masing-masing.

“Saya sungguh berbesar hati melihat rakyat jelata menunggu dari pagi hingga petang (untuk menyambut ketibaan rombongan diraja),” katanya ketika ditanya perasaan selepas berjaya menamatkan penjelajah Kembara Mahkota Johor 2001.

Rombongan berkenaan turut diiringi dua Anakanda D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor dan beberapa tokoh korporat.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor berkata, Kembara Mahkota Jelajah Johor juga bermatlamat memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negeri ini. Malah katanya, menerusi ekspedisi itu, beliau dapat melihat kesetiaan rakyat terhadap raja masih menebal apabila melebihi 50,000 penduduk pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India, menyambut ketibaannya di merata tempat.

Ditanya mengenai pengalaman menunggang motosikal, D.Y.A.M Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-HAj berkata: “Saya memang suka naik motosikal, tetapi saya rasa agak takut, kerana keselamatan jalanraya adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh.”

Mengenai cadangan memasukkan Kembara Mahkota Jelajah Johor dalam kalendar pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2002, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor berkata, terpulanglah kepada Kerajaan negeri menimbangkannya.

“Kalau program ini bagus untuk kepentingan negeri, kenapa kita tidak mahu masukkannya (di dalam kalendar pelancongan),” katanya.

Diminta mengulas satu ‘adegan’ menyentuh perasaan rakyat apabila beliau membelai anakandanya di pentas diraja sewaktu menghadiri majlis BBQ di Mersing, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor berkata: “Saya memang manja dengan anak saya.

”Beliau membawa kedua-dua anakandanya mengikuti ekspedisi itu, kerana mahu mereka belajar sebagaimana Sultan Johor mendidiknya dulu.

“Saya dulu belajar dengan Ke Bawah Duli Sultan mengenai cara bergaul, bercakap. Saya mahu mereka (anakanda) belajar dari sekarang, kalau tidak orang tidak kenal dia siapa. Ke Bawah Duli.

Duli Yang Maha Mulia Tunku (Sultan) pernah berkata kepada saya, anggaplah diri awak lebih rendah dari rumput, mulakan (belajar) dari bawah,” katanya.

 

Petikan-petikan akhbar yang berkaitan

1.Tunku Ibrahim disambut meriah

2.Kembara Mahkota Johor ke enam pulau sejauh 500 kilometer

3.Hilang penat bila jumpa rakyat

4.Kemesraan Tunku sentuh hati semua

5.Terima kasih rakyat Johor

6. Golongan miskin terus dibela

7. Rumah Tradisi Bugis jadi pilihan

8. Sokong pembinaan Hospital Waqaf An-Nur

9. Rakyat perlu bersyukur

10. KMJ beri peluang Tunku Mahkota bemesra dengan penduduk