Sejarah KEMBARA MAHKOTA JOHOR
  Petikan KEMBARA MAHKOTA JOHOR
  Kronologi KEMBARA MAHKOTA JOHOR
  Galeri KEMBARA MAHKOTA JOHOR
  KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2008 KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2008

www.pintar.com.myPertanyaan dan Cadangan

MEMBELI SAMBIL MENDERMA

 

Ilham daripda DYAM  Tunku Mahkota Tunku Ibrahim IsmailIlham daripada DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj



Cetusan idea untuk Program Kembara Melawat Johor adalah ilham daripada D.Y.A.M. Tunku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj sendiri. Program Kembara yang dimulakan pada tahun 2001 adalah hasil daripada keinginan Tunku Mahkota untuk meninjau keadaan rakyat jelata. D.Y.A.M. Tunku Mahkota sendiri telah berusaha gigih demi memastikan program kembara ini dapat dijayakan dengan sempurnanya.

Sekiranya dahulu Raja atau Putera Raja sering mengembara berjumpa dengan rakyat menaiki gajah atau tandu tetapi kini disebabkan arus perubahan masa dan dengan adanya teknologi maka rombongan Kembara Mahkota Johor menaiki motosikal berkuasa tinggi. Walaupun berbeza pendekatan atau kenderaan yang digunakan namun matlamatnya adalah sama.

Pagi 2 Julai 2001 adalah detik permulaan Kembara Mahkota Johor pertama bermula. Program Kembara yang bercirikan mesra rakyat ini disertai oleh 28 konvoi motosikal berkuasa tinggi yang dipimpin sendiri oleh D.Y.A.M. Tunku Mahkota. Ekspedisi sulung ini telah menjelajah sejauh 870 kilometer di beberapa daerah negeri Johor.