Sejarah KEMBARA MAHKOTA JOHOR
Petikan Surat Khabar
Kronologi  KEMBARA MAHKOTA JOHORGaleri  KEMBARA MAHKOTA JOHOR
KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2005KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2005
www.pintar.com.my
Pertanyaan dan Cadangan

 

Ilham daripada D.Y.A.M.  Tunku Mahkota Tunku Ibrahim IsmailIlham daripada DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj

 

Tahun 2005

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2005 yang diilhamkan Tunku Mahkota Johor, D.Y.A.M Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj pada tahun ini menempuh perjalanan sejauh 1,111 kilometer.

Tunku Mahkota Johor diiringi 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi serta rombongan kerajaan negeri membabitkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menjelajah seluruh pelosok Johor selama empat hari dan tiga malam.

Ekspedisi yang berkonsepkan mesra rakyat yang begitu unik ini turut menuntut D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor mengikuti lebih 26 program bersama rakyat di semua lapan daerah di Johor.

Berikut adalah kronologi ekspedisi empat hari tiga malam itu


Khamis 23hb Jun 2005 (perjalanan sejauh 285.7 kilometer)
D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor dan rombongan memulakan perjalanan KMJ 2005 di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan dilepaskan secara rasmi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, iaitu Datuk Mohd Razali Mahusin pada jam 9.30 pagi. Terdahulu Tunku Ibrahim merasmikan menara 10 tingkat MPJBT yang bernilai RM12 juta dan mengadakan lawatan di pejabat pihak berkuasa tempatan itu yang menempatkan 450 petugas. D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor turut melepaskan beberapa ekor ikan hiasan MPJBT sebagai tanda kenangan keberangkatan sekali gus memulakan detik bersejarah KMJ 2005.

Destinasi pertama dituju D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor adalah Perhentian Rehat dan Rawat (R&R) Machap yang disambut Pengerusi Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Tan Sri Datuk Sheriff Kassim bersama Timbalan Pengerusinya Datuk Ahmad Pardas.

Di R&R Machap, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor dan Menteri Besar menunjukkan kebolehan menebar roti canai dan membuat teh tarik. Roti canai dan teh tarik hasil tangan D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor dan Menteri Besar kemudian dilelong dan berjaya dijual pada harga RM5,000.00. Kutipan itu kemudian diserahkan kepada Raja Zarith Sofiah untuk disumbangkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik, Johor Bahru.

Selepas menghabiskan masa kira-kira sejam di program yang dikendalikan Plus itu, rombongan menuju ke daerah Segamat dan berhenti di hadapan Majlis Daerah Yong Peng.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor kemudiannya merasmikan Dataran Labis yang siap dibina pada 30 Ogos 2004 dengan perbelanjaan hampir RM1 juta. Di Dataran Labis turut menyaksikan kebolehan Raja Zarith Sofiah bertitah dalam Bahasa Mandarin.

Selepas itu D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor menuju ke Kolej Jururawat Masyarakat Segamat dan merasmikan Dewan Kembara Mahkota Johor. D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor dan Y.A.M Raja Zarith Sofiah turut bermesra dengan warga emas dan pasangan kembar istimewa di Segamat sebelum berangkat menuju ke Muar.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor sampai di Felda Seri Jaya,Kundang Ulu, Muar kira-kira jam 4 petang dan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Mini Kompleks Sukan Felda.

Mengakhiri perjalanan pada hari pertama, rombongan menuju Maktab Teknik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Muar dan bersama rakyat menyaksikan pertunjukan pancaragam dan tatu motosikal. D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor kemudiannya bermalam di Maktab Teknik PDRM.


 

Jumaat 24hb Jun 2005 (perjalanan sejauh 270.1 kilometer)
Membabitkan penjelajahan di daerah Muar-Batu Pahat-Pontian. Selepas melakukan riadah senamrobik poco-poco, rombongan KMJ 2005 berangkat menuju Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda, Parit Jawa, Muar. Di situ D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor menyempurnakan perasmian galeri sejarah sekolah itu dan menyampaikan banutan enjin dan kunci rumah kepada penduduk miskin.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor dan rombongan terpaksa singgah di pekan Parit Sulong ketika dalam perjalanan ke perusahaan membuat jamu traditional Parit Yaani, Batu Pahat.

Rombongan KMJ 2005 kemudian menuju ke majlis perasmian Pajabat Tanah dan Daerah Kecil Rengit serta majlis bersama rakyat. Konvoi D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor kemudian merentasi Pontian untuk merasmikan Pusat Hemodialisis Perbadanan Islam Johor, Pontian sebelum bersama rakyat di Taman Rekreasi Kampung Tampok Laut, Pontian. Di situ juga Y.A.M Raja Zarith Sofiah dan Y.M Tunku Aminah memperlihatkan bakat seni dalam melukis.

Selepas itu, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor menuju rumah penduduk Kampung Permatang Duku,Pontian sebelum bersiap merasmikan Masjid Kampung Belahan Tampok,Rengit.

Y.A.M Raja Zarith Sofiah pula mengikuti program berasingan menyaksikan demonstrasi upacara traditional masyarakat Jawa iaitu demonstrasi naik buai untuk bayi dan cara membuat tempe di Kampung Permatang Duku.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor bersama tiga puteranya kemudian bermalam di rumah penduduk kampung di Kampung Permatang Duku.

 

Sabtu 25hb Jun 2005 (perjalanan sejauh 364 kilometer)
Hari ketiga ekspedisi Kembara Mahkota Johor ini diteruskan apabila D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor dan rombongan menempuh perjalanan paling jauh. Destinasi pertama yang dituju adalah Kompleks Industri Kecil dan Sederhana (IKS),Simpang Renggam,Kluang. Seramai 134 pelajar menerima bantuan basikal daripada D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor yang turut menyempurnakan perasmian gerai IKS Simpang Renggam.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor kemudian menuju ke Felda Kahang Barat, Kluang yang turut disambut oleh Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Dato' Hishamuddin Tun Hussein. Di situ , D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor turut menyampaikan bantuan baka lembu,basikal, enjin bot dan kunci rumah kepada penduduk daerah Kluang yang kurang bernasib baik.

Perjalanan rombongan KMJ 2005 dengan menjadikan persimpangan Felda Nitar Satu sebagai destinasi pertama di Mersing. Selepas menghabiskan masa kira-kira 45 minit bersama penduduk, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor berangkat menuju Kampung Sri Pantai, Mersing.

Di situ D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor dan rombongan menikmati santapan tengahari dan menyampaikan kunci rumah kepada peserta Skim Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat.

Rombongan kemudian singgah di Felda Sungai Ara, Kota TInggi sebelum menuju Bangunan Kraftangan Nelayan Kampung Sedili Kecil dan kemudian ke Sekolah Sukan Bandar Penawar dan disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said. Di Sekolah Sukan Bandar Penawar, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor menyertai beberapa acara sukan dan bermalam di sekolah itu.

 

 

 

Ahad 26hb Jun 2006 (perjalanan sejauh 191.2 kilometer)
Ini merupakan hari keempat iaitu hari terakhir Kembara Mahkota Johor. Selepas melakukan senaman J Robik rombongan KMJ 2005 memulakan perjalanan hari terakhir menuju Kampung Tersusun Nelayan, Pasir Gogok, Kota TInggi. D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor bermesra dengan nelayan di situ dan menyampaikan bantuan enjin bot dan sara hidup kepada nelayan terpillih.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor kemudian menuju ke Tanjung Buai, Kota TInggi untuk bersama pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang mengadakan khidmat masyarakat di perkampungan nelayan itu.

D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor turut bersama penduduk memeriahkan acara sukan air dan melihat demonstrasi menyelamat di laut oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Selepas menunjukkan kebolehan memasak belangkas masak pedas,D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor kemudian menuju ke Felda Pasak dan meraikan 100 penduduk asal Felda itu.

Di situ D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor turut menepung tawar pasangan pengantin yang melansungkan perkahwinan sempena keberangkatan rombongan KMJ 2005. Selepas itu, rombongan menuju Dewan Orang Ramai Sungai Tiram sebelum berangkat memasuki Johor Bahru dengan menuju ke Pasir Gudang.

Sebelum mengakhiri penjelajahan, D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor menyempurnakan majlis pecah tanah tapak hospital wakaf Perbadanan Johor di Pasir Gudang. Tunku Mahkota dan rombongan KMJ 2005 kemudian menamatkan program KMJ edisi kelima di Bukit Layang-Layang kira-kira jam 4.30 petang.

Rombongan D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor disambut kira-kira 3,000 rakyat yang turut dipersembahkan pertunjukan kawat senyap oleh Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan tarian layang-layang sebagai imej dan mercu tanda Bukit Layang-Layang.



Kedudukan Laluan Kembara Mahkota Johor 2003